Tuesday, February 23, 2010

30 Perkara Ttg Wanita

1. Wanita terlalu mementingkan penampilan sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak yakin dengan diri sendiri.

2. Wanita pandai berhias bagi menawan hati lelaki. Dengan kecantikan wanita mampu menjadikan lelaki tergila-gilakannya.

3. Wanita suka apabila teman lelakinya sentiasa ingat hari-hari penting seperti hari lahir, hari perkenalan kita dengannya dan hari kita declare.

4. Air mata perempuan memiliki kuasa sakti yang luar biasa dan ia digunakan bagi menagih rasa belas ihsan sama ada semasa ditimpa kesusahan ataupun meminta sesuatu yang susah didapati.

5. Wanita sukakan lelaki yang romantik dan sentiasa ingat semasa bersamanya ataupun berjauhan.

6. Wanita suka apabila kita selalu memasukkan dia dalam perbualan bersama rakan-rakan kita.

7. Wanita suka apabila kita menghargai setiap tindakannya dan mengucapkan terima kasih di atas pertolongan yang dia berikan.

8. Wanita tidak sah jadi wanita apabila dia tidak pandai merajuk.

9. Wanita tidak suka apabila kekasihnya keluar makan dengan perempuan lain walaupun mereka itu rakan sepejabat.

10. Wanita tidak suka apabila kita asyik mengarahnya seperti hamba.

11. Wanita memang mudah kecil hati. Jika kita sering membuat dia kecil hati, lama-kelamaan wanita boleh hilang hatinya.

12. Wanita begitu sibuk pada bulan Ramadan. Mereka juga mengurangkan bercakap semasa berpuasa tetapi menambah kekerapan membeli belah.

13. Wanita tidak suka kita bercerita perkara yang tidak diketahuinya kerana mereka rasa mereka kurang berpengetahuan.

14. Lelaki perlu tahu saiz pakaian dan kasut yang dipakai oleh pasangan anda barangan yang disukainya.

15. Wanita kuat cemburu. Oleh itu, buatlah aktiviti yang tidak mengundang sebarang syak wasangka yang buruk semasa kita tidak bersamanya.

16. Wanita kaum yang sensitif. Baik berhati-hati semasa bercakap dengannya.

17. Sekali pandang gincu yang dipakai wanita sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna itu sebenarnya tidak sama; ada merah hati, merah sirap, merah ros, merah darah dan merah jambu.

18. Cermin adalah teman sejati wanita. Wanita membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja, tiga kali di tandas dan dua kali pula semasa balik kerja dengan mengambil masa kira-kira lima minit setiap kali.

19. Apabila wanita bersedih, lelaki perlu mendengar luahannya dan jadilah pendengar yang setia. Cuba fahami masalah yang dialami.

20. Lelaki perlu tahu kegemaran atau hobi kekasihnya dan makanan yang disukai. Lakukan aktiviti yang digemari bersama-sama.

21. Pujilah wanita pada masa-masa yang dirasakan perlu. Wanita amat menghargainya.

22. Jangan lupa beli hadiah hari lahir dan ulang tahun perkenalan.

23. Sentiasa pandang wajah pasangan semasa bercakap kepadanya.

24. Biarkan dia bercakap sehingga dia puas dan berhenti sendiri.

25. Apabila kita nampak dia penat, tolong dia sedikit sebanyak. Inilah antara perkara kecil tetapi amat menyukakan hati wanita.

26. Wanita cepat jemu. Jadi dia suka berjalan-jalan dan mencari hiburan.

27. Wanita bersifat sentimental. Cinta dan kasih sayang adalah keseluruhan cita-cita dan sasaran hidup.

28. Wanita cemburu kerana ingin mempertahankan harga diri dan mempertahankan kepentingan peribadi.

29. Wanita suka membaca cerpen dan novel yang berkaitan dengan cinta.

30. Wanita sering memikirkan tentang kecantikan diri dan kehodohannya, suka bercermin, menaruh angan-angan bakal
suaminya dan suka mengawal lelaki.

11 comments:

MM said...

I dun exactly agree

faie lockheart said...

Weiiii... come on. join in the fun.

Lara Kasih said...

Artikel yang bagus. Patut bagi semua orang lelaki tengok dan tahu kat mana salah mereka.

Odessa said...

Nombor 24 is so true!!!!
anyway kenapa mesti nak berkawan dengan kita sebab nak kenal dengan kawan kita yang lebih cantik. Kaum lelaki memang cruel.

tis said...

Saya nak copy paste ke blog saya ya? Thanks!

Maryam Kamal said...

this is for true????!!

belog ni betul2 wujud, entry ni betul2 ada, dan those commentors yang nama dorang ada dalam VN, jugak sebenarnya betul2 wujud eh?!

OMG!

ok. mana entry latest by Puan Mariyyah Mukhtar? >.<

princess cupcake said...

I bace u punya novel. omg ! blog nie betul2 ade ? Love it ! :)

mr.panda said...

haha...ape laa..blog ni utk cerita VN tu je..smua dibuat utk pembikinan VN tu...komen2,n isi2 dlm ni..:)

husna said...

bukak blog ni sebab VN. tak sangka betul2 ada.

Nurul Ainaa Che Anuar said...

GOSh.. blog ni begtol betol wujud laaaahhhh. hahahaa comment2 semua nya ada dlm novel jugak!!!!! huhuhuh..seronok xD

Nisa Izzati said...

ehek ! baru abes bace Valentina Nervosa tuh..! best !