Tuesday, February 23, 2010

30 Perkara Ttg Wanita

1. Wanita terlalu mementingkan penampilan sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak yakin dengan diri sendiri.

2. Wanita pandai berhias bagi menawan hati lelaki. Dengan kecantikan wanita mampu menjadikan lelaki tergila-gilakannya.

3. Wanita suka apabila teman lelakinya sentiasa ingat hari-hari penting seperti hari lahir, hari perkenalan kita dengannya dan hari kita declare.

4. Air mata perempuan memiliki kuasa sakti yang luar biasa dan ia digunakan bagi menagih rasa belas ihsan sama ada semasa ditimpa kesusahan ataupun meminta sesuatu yang susah didapati.

5. Wanita sukakan lelaki yang romantik dan sentiasa ingat semasa bersamanya ataupun berjauhan.

6. Wanita suka apabila kita selalu memasukkan dia dalam perbualan bersama rakan-rakan kita.

7. Wanita suka apabila kita menghargai setiap tindakannya dan mengucapkan terima kasih di atas pertolongan yang dia berikan.

8. Wanita tidak sah jadi wanita apabila dia tidak pandai merajuk.

9. Wanita tidak suka apabila kekasihnya keluar makan dengan perempuan lain walaupun mereka itu rakan sepejabat.

10. Wanita tidak suka apabila kita asyik mengarahnya seperti hamba.

11. Wanita memang mudah kecil hati. Jika kita sering membuat dia kecil hati, lama-kelamaan wanita boleh hilang hatinya.

12. Wanita begitu sibuk pada bulan Ramadan. Mereka juga mengurangkan bercakap semasa berpuasa tetapi menambah kekerapan membeli belah.

13. Wanita tidak suka kita bercerita perkara yang tidak diketahuinya kerana mereka rasa mereka kurang berpengetahuan.

14. Lelaki perlu tahu saiz pakaian dan kasut yang dipakai oleh pasangan anda barangan yang disukainya.

15. Wanita kuat cemburu. Oleh itu, buatlah aktiviti yang tidak mengundang sebarang syak wasangka yang buruk semasa kita tidak bersamanya.

16. Wanita kaum yang sensitif. Baik berhati-hati semasa bercakap dengannya.

17. Sekali pandang gincu yang dipakai wanita sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna itu sebenarnya tidak sama; ada merah hati, merah sirap, merah ros, merah darah dan merah jambu.

18. Cermin adalah teman sejati wanita. Wanita membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja, tiga kali di tandas dan dua kali pula semasa balik kerja dengan mengambil masa kira-kira lima minit setiap kali.

19. Apabila wanita bersedih, lelaki perlu mendengar luahannya dan jadilah pendengar yang setia. Cuba fahami masalah yang dialami.

20. Lelaki perlu tahu kegemaran atau hobi kekasihnya dan makanan yang disukai. Lakukan aktiviti yang digemari bersama-sama.

21. Pujilah wanita pada masa-masa yang dirasakan perlu. Wanita amat menghargainya.

22. Jangan lupa beli hadiah hari lahir dan ulang tahun perkenalan.

23. Sentiasa pandang wajah pasangan semasa bercakap kepadanya.

24. Biarkan dia bercakap sehingga dia puas dan berhenti sendiri.

25. Apabila kita nampak dia penat, tolong dia sedikit sebanyak. Inilah antara perkara kecil tetapi amat menyukakan hati wanita.

26. Wanita cepat jemu. Jadi dia suka berjalan-jalan dan mencari hiburan.

27. Wanita bersifat sentimental. Cinta dan kasih sayang adalah keseluruhan cita-cita dan sasaran hidup.

28. Wanita cemburu kerana ingin mempertahankan harga diri dan mempertahankan kepentingan peribadi.

29. Wanita suka membaca cerpen dan novel yang berkaitan dengan cinta.

30. Wanita sering memikirkan tentang kecantikan diri dan kehodohannya, suka bercermin, menaruh angan-angan bakal
suaminya dan suka mengawal lelaki.

Monday, February 22, 2010

Phooey-see

            “Cinta itu menyakitkan
            Mematikan hati
            Memadamkan fikiran
            Memusnahkan pertahanan diri
            Membuat aku sepi.”

Saturday, February 20, 2010

Ketentuan Tuhan

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
“Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.  Bukankah dangan Ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
“…Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.”
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
Art: IluvIslam

Thursday, February 18, 2010

Like I Love You

This is a poem especially for you.

I am so sad.
Please die
I hate you
You're a douche
It's no poetry

*written at 1.32am this morning under the canvas with teary eyes and ghastly paled face